If there were no ink, I would use ash. If there were no ash, I would use stone. If there were no stone, I would use my sweats or my tears or my bloods…Nobody ever can stop me writing…And if my hands were unable to write something anymore, I would beg ALLAH to allow me, to ask the sky, to ask the trees or the ocean to help me keep writing my ideas in their silence…

| SHARING IS CARING |

MANDI MALAM

My mum slalu bising kalau orang mandi malam... org pun degil la sangat2 sampai dah jadi macam habit mandi malam... best jerr rse dyerr... n sejuk tuu memang x yah cakap la...hehe' tp tuu la kadang-kadang kne la jugak beringat yang mandi malam tuu memang x brape bagus...so, kat sni org nak share something yang org korek2 gali dari web, x tahu betul ke x, pape pon kte bace dulu n lepas tuu korang pun leyh bg pendapat...hehe' byk sangat web yg bagi pendapat and pendapat tuu semua berbeza...so, skunk nie giliran korang plak bagi pendapat...hehe' sorry mum, ur daughter so degil ckit...hehe' ye kerr ckit?!? hehe'...


Ramai daripada kita yang kerap pulang ke rumah pada waktu malam seperti burung hantu atau kelawar yang terang matanya sebaik saja tirai malam berlabuh.

Tidak kiralah sama ada kita pulang dari tempat kerja, dari membeli-belah, jumpa kawan atau saudara, pulang ke rumah pada waktu malam memang menjadi perkara biasa. Mentelah pula, sekitaran di bandar raya seperti Singapura memang terang-benderang. Justeru, pulang ke rumah sehingga lewat malam tetap tidak membimbangkan. Dan apabila pulang ke rumah, tak 'kanlah kita nak terus duduk dekat-dekat dengan anggota keluarga dan makan bersama, tonton televisyen atau lebih teruk lagi, terus melompat ke katil dan tidur sebelum mandi? Tentulah badan berbau busuk, hangat, melekit dan kotor kerana sehari suntuk dihembusi habuk-habuk di sekitaran. Tetapi, ada orang-orang tua kita yang berkata mandi malam tidak baik untuk kesihatan.



"Nanti kau senang dapat sakit paru-paru. Tulang pun cepat reput," demikian antara 'amaran' mereka.


Inilah antara kepercayaan atau 'mitos' yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam. Terdapat beberapa lagi kepercayaan sedemikian.

Ia termasuk, jangan minum air batu selalu atau tidur di atas lantai simen kerana, seperti mandi malam, ia juga dikatakan boleh menjejas paru-paru, mereputkan tulang dan menyebabkan sakit sendi atau reumatisme.
Ada pula kepercayaan dalam masyarakat kita yang melarang seseorang itu membiarkan dirinya terkena hujan รข€“ takut demam, selesema atau badan 'masuk angin'. Dan, jangan biarkan diri dibelenggu stres, nanti rambut cepat beruban.
Semua kepercayaan ini memanglah tidak berasas dari segi kesihatan, meskipun ia mempunyai kesan-kesan negatif yang lain.
Misalnya, kalau kita biarkan diri mandi hujan, tentulah badan terasa sejuk dan kurang selesa, tetapi tidak semestinya ia membawa demam.
Rambut beruban pula dipengaruhi oleh faktor usia dan jika ia beruban lebih awal daripada tempoh biasanya, lazimnya ia disebabkan oleh faktor baka pula.
Bagaimanapun, kepercayaan mengenai 'jangan mandi malam, jangan banyak minum air batu, dan jangan tidur atas lantai simen (atau seramik, batu marmar)' walaupun beralas tikar, itu memang perlu diperbetul, terutama kaitannya dengan penyakit paru-paru.

Sehubungan itu, Dr Radiah Salim dari Poliklinik Yishun telah memberikan penjelasannya. Penyakit radang paru-paru atau pneumonia (salah satu penyakit yang menjejas paru-paru), kata Dr Radiah, kebanyakannya dikaitkan dengan sistem ketahanan tubuh atau imuniti yang lemah. Ada beberapa faktor risiko yang membawa kepada penyakit radang paru-paru dan mandi malam bukan di antaranya. Ia termasuklah:

Usia: Orang lanjut usia biasanya lebih berisiko kerana sistem ketahanan tubuh mereka lebih lemah.

Pesakit kencing manis: Pesakit kencing manis yang lebih mudah terkena penyakit paru-paru adalah mereka yang gagal mengawal penyakit atau paras gula dalam darah mereka dengan baik.

Perokok: Golongan perokok memang mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.

Kekurangan khasiat makanan: Kedua-dua golongan kanak-kanak kecil dan orang tua yang kekurangan zat makanan terdedah kepada pneumonia, juga kerana sistem ketahanan mereka yang lemah.

Cuaca terlalu sejuk: Ini yang buat orang sangka mandi malam membawa penyakit sebab pada malam hari air biasanya sejuk. Tetapi, ia tidak menjadi masalah kalau kita mandi dengan menggunakan air hangat.

Mandi siang atau malam sebenarnya baik untuk kita kerana ia membersihkan tubuh kita, apatah lagi dalam cuaca hangat seperti di Singapura. Menurut Dr Radiah, jika badan tidak dibersihkan dengan mandi terutama dalam cuaca panas, maka akan lebih mudah kita terkena flu (influenza) dan fl u adalah faktor risiko bagi radang paru-paru.

"Disebabkan itu, kita disarankan mendapatkan suntikan vaksin flu, terutama bagi golongan berisiko tinggi dan mereka yang mempunyai sistem ketahanan tubuh yang lemah. "Bagaimanapun, penyakit pneumonia lebih biasa dihidapi di negara-negara yang mempunyai musim sejuk. "Justeru, di Australia, misalnya, ramai warga tuanya berhijrah ke wilayah Queensland yang lebih hangat cuacanya, berbanding di Melbourne yang mengalami musim sejuk yang lebih teruk," terang Dr Radiah.

Pesakit barah: Mereka yang menjalani rawatan kemoterapi serta pesakit HIV dan Aids.

Pesakit paru-paru: Ia seperti penyakit gangguan paru-paru kronik (chronic obstructive lung disease) yang biasa dihidapi perokok tegar yang telah merokok selama bertahun-tahun.

Mandi siang atau malam sebenarnya baik untuk kita kerana ia membersihkan tubuh kita



LAMPIN PAKAI BUANG @ PAMPERS


Lampin pakai buang ataupun pampers sering digunakan oleh kanak-kanak yang masih kecil dan bayi lagi...kegunaannyerr adala untuk meresap air kencing bayi tersebut dan sebagainyerr... ini dibuat adalah bagi memudahkan org ramai atau masyarakat tahu yang kini negara kita sedaya upaya mengeluarkan barang2 yang boleh membantu kita dalam pelbagai hal seperti lampin pakai buang ini atau lebih dikenali sebagai pampers. di sini saya ingin berkongsi kepada orang ramai semua terutamat kepada ibu-ibu dan ayah-ayah kepada bayi-bayi mereka yang mereka perlu berhati-hati tentang pembelian pampers atau lampin pakai buang ini...ini adalah kerana, banyak yang mengatakan yang pampers atau lampin pakai buang ini ada sesetangah daripadanya mempunyai lambang salib...bagi umat Islam, anda perlulah berhati-hati dalam pemilihan barang-barang seperti ini. walaupun saya belum berkahwin, tetapi pentingnya saya mengkhabarkan berita ini kepada orang ramai untuk langkah penjagaan dan sebagainya...hehe' 

Pengguna perlu di ingatkan supaya berhati-hati apabila membeli pampers atau lampin pakai buang kerana terdapat lambang salib diletakkan pada bungkusan produk berkenaan.
Pengguna, Mohd Zamri Md Desa, 31, berkata, seorang rakannya mengadu hal itu dan juga mengenai papan putih yang merupakan hadiah percuma apabila rakannya membeli lampin pakai buang jenama terkemuka.
Menurutnya, di belakang papan putih berkenaan tertera gambar berbentuk termasuk lambang salib.
“Sepatutnya pihak pengeluar yang terlibat menghormati penganut agama Islam dengan menjaga sensitiviti agama masing-masing.
“Saya pelik mengapa tanda salib turut diletakkan sedangkan pengeluar masih boleh meletakkan gambar bentuk lain jika bertujuan untuk pembelajaran kanak-kanak,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagi seorang pengguna, Zamimi Zainal, 30, tindakan berkenaan seolah-olah tidak menghormati agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.
Jelasnya, pihak berkenaan perlu bertindak untuk menyiasat perkara itu dan menghalangnya dari terus disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Tindakan tegas perlu dikenakan ke atas mereka kerana tidak menghormati agama rasmi di negara.
“Tidak mustahil penjualan lampin pakai buang ini akan diperluaskan di seluruh negara jika pihak berkuasa tidak menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengekang tindakan itu,” katanya.  

PESANAN PENAJA : Dah kerja camnie la tengok mak ayah banyak beli pampers untuk anak2 dia org x kira murah ke mahal mereka sanggup tuu la pandai selidik tentang pampers...hehe'